Makngah pergi menghadap illahi.

Tanggal 11 Ogos 2013 bersamaan 4 syawal pada jam 6.05 pagi, Sabariah bte thapa @ makngah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Hanya perasaan sedih sahaje yang boleh dikatakan. Kami sekeluarga memang terperanjat tambahtambah mama. tak sampai berape jam kami balek dari melawat arwah di hospital KPJ Johor. Kami redha di atas kepermegiaan beliau. Nenek dan Pakngah juga sudah meredhai. Mereka juga sudah kelihatan tenang. Tapi iyelah. Hati manusia siapa yang tahukan ? Tapi apa yang membuat hatiku sedikit terusik dan sayu, pengebumian Makngah dari memandikan jenazah sehingga mengebumikan nya, kelimalima adik beradik perempuannya termasuk mama ada di samping Makngah. Cuaca juga seperti mengetahui isi hati kami sekeluarga. Cuaca redup. Semuanya berjalan lancar sekali :'( Makngah, kami semua janji yang kami takkan pernah lupakan makngah. Makngah antara orang terpenting dalam hidup kami. Selalu support kami tak kira dari arah mana. Nasihatnasihat makngah takkan kami lupakan sampai bilabila. Doa kami makngah tenang di alam sana. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment